this is my story

i follow u

mAsA iTu WaSiAT

Daisypath blog Ku

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, April 26, 2012

aku mahu PULANG

aku nak balik kg aku sendiri..ini je masa yang aku ada...aku memohon untuk cuti pada 30 April dan telah LULUS. sekarang aku hanya mampu menanti rakanku untuk menyerahkan tiket dan membuat perancangan untuk meneruskan perjuangan aku semula. Rasa hati mahu melompat2 girang bila Puan Penyelia memberi kebenaran untuk aku bercuti. TERIMA KASIH CIKGU!

Keputusan ini datang tiba2 disebabkan idea rakan praktikal aku...mana tidak nya..dia pun dapat peluang untuk bercuti...hehehe..hal ini kerana..bulan ini bulan honeymoon untuk mereka2 yang bekerja di Kolej ini..budak2 baru shj tamat peperiksaan akhir jam 4 petang tadi.

wah!
tak sabar rasa mahu menjejakkan kaki ke kampung halaman setelah 3 bulan ditinggalkan~~ mak! tunggu kepulangan anakkmu.. (",)

sekiranya sudah mendapat tiket bas nanti baru aku berhasrat untuk memberitahu kepada ayah dan emak aku di kampung...

Ya Allah..aku mohon permudahkanlah segala urusan aku untuk pulang melepaskan rindu kepada orang tuaku.

walaupun hanya sebentar (28 April -1 Mei) *sila rujuk kalendar dibawah ..aku harap dapat melepaskan rasa rindu aku sepuas2 nya di kampung terchenta..!




lama juga la aku holiday..sabtu-selasa~~ ngee

No comments: