this is my story

i follow u

mAsA iTu WaSiAT

Daisypath blog Ku

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 9, 2012

~ Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ~

 Ayat penuh adalah seperti berikut:

الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون

maksudnya:  
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Perkataan dan ayat di atas sangat lah sinonim dengan diri kita apabila ditimpa musibah dan apabila mendengar berita tentang sesuatu musibah ataupun kematian.

Pada hari ini..
Penulis ingin berkongsi pandangan berkenaan dengan sikap dan pemikiran masyarakat umumnya yang berada di tanah air ini Malaysia.


Fahami petikan ini:
"sekiranya ada orang yang membawa mangsa ke hospital, pasti nyawa beliau dapat diselamatkan.."
::dapatkah nyawa mangsa diselamatkan tatkala SAKARATUL MAUT::

Redha lah dengan pemergian insan..walaupun sebaik mana insan tersebut..Allah Maha mengetahui akan segala-galanya.. redha lah..jangan diratapi pada yang telah pergi..apa yang diharap bukan tangisan...kirimkanlah doa..berdoalah bersungguh-sungguh..semoga Allah memakbulkan doa anda. Terima hakikat, masa insan tersebut sudah tiba..bila pula masa kita, bersediakah kita..bersediakah?? cukup kah bekal kita untuk kesana..cukupkah amalan kita didunia..setiap insan mahukan yang terbaik di Akhirat sana...mampukah kita..InsyaAllah..bertaubatlah..masih ada peluang...

Fahami ayat di bawah:
 
[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia". Kun Faya Kun!!

Apakah yang terlintas dalam fikiran anda detik ini?
Sudah tercatat setiap manusia itu akan tiba ajalnya pada waktu yang telah ditetapkan oleh Allah...tiada siapa yang mampu merawat ajal kecuali dengan keizinan Allah...

Ini hanya sekadar pandangan penulis berdasarkan beberapa peristiwa dalam masyarakat kita.
Perkongsian ini adalah untuk sama-sama menjadi renungan kita bersama
Andai ada tersalah silap penulis dalam entry ni, mohon diperbetulkan..saya juga insan biasa 

Wallahu'alam.

'yang pergi..biarlah pergi...iringkan doa sepanjang hari..iringkan doa seikhlas hati'


 
 



 

Friday, May 4, 2012

setahun sudah...

Al-fatihah...
sudah setahun...
masih rindu...
rindu sangat..
hanya doa untuk mu..

pada yang tahu..dia tahu. pada yang tak tahu,.. nah baca..  sayang saya

masih terkilan.. how to treat my heart.... her heart is also hurt bcoz of me...
i'm just want to say.. i'm  sorry..
it's too late..

aku lah contoh manusia yang menghargai something bila 'something' tu dah pergi..

sekian..

mohon doakan roh beliau dalam kalangan muslimin muslimat yang beriman dan sentiasa discucuri rahmatNya.


it's hard.. it's hurt to forget....forgive me...

aKu DaH niKah???

Assalamulaikum...

 ..........................nikah gantung........................!!!!
hahahahahahaha~ ~ adoi!

gosip menular dalam tempat praktikal ni...gosip tersebut mengatakan aku nikah gantung,...wakakaka~~
sapa la suami aku tu weh!!!
sapa la pembawa berita tidak sahih lagi tidak benar ini..adui...calar reputasi i taw!

ada hikmah di sebalik setiap kisah..InsyaAllah..

yang aku tak puas hati nih..siap ada yang datang tanya..siap kecoh2 lagi dalam ofis...
pembetulan yer...
yang nak nikah nih..bukan aku..tapi kawan aku yang praktikal dengan aku ni..bukan aku la...
maklumat tak jelas..tup2 naik nama aku,..apa hal..huahuahuahua...
dah gaya bini orang ke aku ni...
sob..sob..sob..

    macam mana eh....
pak cik tadi siap gaduh2 dah dengan aku kata aku dah nikah...
adoi...aku tuan punya badan pun tak taw bila aku nak dinikahkan..

hmmmm...


(-_-)...... jika ianya BENAR..tidak ada alasan untuk aku katakan TIDAK...

(^_^)....sememangnya perkara ini TIDAK BENAR..apa lagi yang nak di Ya kan..


p/s: buat apa aku nak sembunyi perkara baik..kawan aku pun terkejut taw..hahaha ! !

Sekian, Wassalam..


Thursday, May 3, 2012

Pesan Ayah Bonda

Mereka ada hak untuk bersuara apa yang mereka suka..apa yang tidak..suara mereka tiada sedikit pun punya maksud untuk menjatuhkan orang lain. mereka faham dan sedar siapa mereka. mereka cuba melakukan yang terbaik untuk generasi mereka...

"biar tiada duit, penampilan kena jaga..bukan pakai baju mahal..cukup sekadar kemas dan menutup aurat"

...ayah aku cukup tak suka melihat anak lelakinya memakai pakaian comot2 dan keluar ke kedai...baju lain banyak..jangan malas sangat nak tukar baju...kita ada sabun ada air..jangan malas sangat nak basuh baju..ayah pun basuh baju sendiri bukan tak bagi mak basuh..tapi ayah boleh buat lagi, apa salahnya ayah tolong mak. hamap (korang), baju sehelai pun tak larat nak basuh?? ...bukan anak lelaki je tau..anak2 perempuan  beliau pun di tegur kalau tak kena gaya..

itu pendapat mereka..aku setuju..gaya itu ada..tapi berpada-pada. jangan melampau. hidup kita SEDERHANA..

banyak lagi pesan ayah bonda..terutama pasal solat...

"kalau kita lapar kita makan...bila iman kita lapar kita solat..jangan biar kurus.."

"jaga diri elok2, kita tu dok jauh kat negeri orang..."

"nak p mana2 tu jaga diri sama...makan tu tgk2 sama takut ada yang tak boleh nak makan"

"malam2 jangan lupa mengaji kalau ada masa..cari la masa untuk berehat sama..jangan nak suka2 saja.."

InsyaAllah...kakak tak lupa...
pesanan ini bukan untuk diri sahaja...ianya tercatat disini untuk dikongsi bersama...
manusia sering lalai dan terlupa..sekadar tolong mengingatkan..

 *senyum*

sekian.. Wassalam



 p/s:
hargai sesuatu semasa masih ada bukan ketika dah tiada ~ ~




Wednesday, May 2, 2012

AkU KemBaLi LaksaNakan TugAs!

Alhamdulillah..
walaupun belum hilang lelah..tapi aku puas...dapat balik kampung jumpa family terchenta...
di sini aku mula mengerti..
apa itu belajar dari kesusahan...
bukan mudah mencapai kesenangan, kemewahan...
kalau kau tak susah..sumpah kau tak belajar untuk senang...
kalau dah dari kecik kau hidup senang, kau mesti ingat kau akan senang selamanya dan menjadi orang senang itu adalah senang bagi kau..
ingat ni... "bukan senang nak hidup senang, bukan susah nak hidup susah"

belajar menghargai sesuatu yang susah kau nak dapat, bukan mengenang bila dah tak ada..

belajar..belajar..belajar..itulah kerja kau...
belajar faham perasaan, belajar tentang perangai orang, belajar daripada kisah orang...belajar selagi otak kau mampu katakan kau tengah belajar...

apa yang aku membebel mengarut nih semua...
sebab aku susah...aku susah nak belajar daripada apa yang aku hadapi..kalau tiada yang bantu, aku menangis teresak-esak...terima kasih pada yang sudi membantu...terima kasih untuk segalanya..terima kasih..

kini aku kembali laksanakan tugas, setelah penat belajar daripada kesempitan...Alhamdulillah..aku masih mampu menempuhinya...

detik berganti detik...aku menghitung waktu untuk laksanakan tugas disamping mak ayah pula...letih menjadi perantau di negeri orang..banyak lagi yang aku tak faham ~ ~

Thursday, April 26, 2012

aku mahu PULANG

aku nak balik kg aku sendiri..ini je masa yang aku ada...aku memohon untuk cuti pada 30 April dan telah LULUS. sekarang aku hanya mampu menanti rakanku untuk menyerahkan tiket dan membuat perancangan untuk meneruskan perjuangan aku semula. Rasa hati mahu melompat2 girang bila Puan Penyelia memberi kebenaran untuk aku bercuti. TERIMA KASIH CIKGU!

Keputusan ini datang tiba2 disebabkan idea rakan praktikal aku...mana tidak nya..dia pun dapat peluang untuk bercuti...hehehe..hal ini kerana..bulan ini bulan honeymoon untuk mereka2 yang bekerja di Kolej ini..budak2 baru shj tamat peperiksaan akhir jam 4 petang tadi.

wah!
tak sabar rasa mahu menjejakkan kaki ke kampung halaman setelah 3 bulan ditinggalkan~~ mak! tunggu kepulangan anakkmu.. (",)

sekiranya sudah mendapat tiket bas nanti baru aku berhasrat untuk memberitahu kepada ayah dan emak aku di kampung...

Ya Allah..aku mohon permudahkanlah segala urusan aku untuk pulang melepaskan rindu kepada orang tuaku.

walaupun hanya sebentar (28 April -1 Mei) *sila rujuk kalendar dibawah ..aku harap dapat melepaskan rasa rindu aku sepuas2 nya di kampung terchenta..!




lama juga la aku holiday..sabtu-selasa~~ ngee

Thursday, April 19, 2012

KaLau Kau PunYa Harga DiRi, Kau BeLajar TentaNg NiLai MurNi.

      AssaLamualaikum

NiLai Murni Apa Yang Aku Katakan?
......kita manusia yang hidup berperaturan..undang2 yang dibuat bukan untuk dilanggar..bukan untuk dibaca semata2..segala dasar yang dibuat..untuk apa?? kalau kita sekadar memandang..memahami..tetapi langsung tidak kita patuhi....
Aku mahu tanya...
Apa gunanya syarat ?? adakah ianya hanya semata2 untuk memenuhi ruang putih...
mereka meletakkan syarat supaya.. MEMUDAHKAN TUGAS...MEMUDAH CARA..
tapi kau???? "saya tak boleh..dia ada potensi..tetapi tidak cukup syarat, boleh sahaja kan?"
potensi yang dia ada bukan untuk itu... kau sendiri pernah bicara.. '''rezeki ada dimana2, kalau dah rezeki kita, insyaallah...''. kau cuba menegakkan benang yang basah. Siapa kau untuk bicara tentang HAK?? LAYAK?? kau kata kau rasional..di mana rasional kau...kau mengaku kau generasi Y yang tidak tahan sabar.. aku malu mahu mengaku satu generasi dengan kau..kau mahu orang hormat kau.. tapi kau?? apa nilai murni yang kau ada?? kau boleh kata kau ada harga diri..tapi berapa nilainya???


baca sini..aku mahu cerita..
nilai murni yang seharusnya ada pada kita (kau + aku)..

1. SABAR
2. IKHLAS
3. HORMAT MENGHORMATI
4. MERENDAH DIRI
5. BERSEDERRHANA
6. BERBUDI BAHASA
7. MENJAGA AIB DIRI DAN ORANG LAIN (BE PROFESSIONAL)

apa yang aku lihat...ianya hanya meniti dibibir sahaja.. "aku tengah sabar nih! kalau ikutkan hati dah lama aku tampar2 budak ni !!!" ... sabarkah itu?
"saya nih generasi muda dah tak boleh tahan dengan tuduhan macam tu, saya bukan orang tua macam akak!" ...hoormatkah itu???

kau sedar tak..setiap bicara kau...langsung tidak menunjukkan siapa sebenarnya kau pada aku..kau HIPOKRIT profesional...

kalau kau ikhlas tidak kau mengungkit..kalau kau berbudi bahasa tidak kau menengking..kalau kau merendah diri tidak kau kata "aku dulu setiap sem A, semua kerja boleh buat" . kalau kau bersederhana tidak kau mempamerkan perhiasan kau, dan jikalau kau seorang yang bijak menjaga aib...pastinya kami tidak tahu tentang *keaiban* kau. aku tidak mengaibkan kau..kerana kau tahu ke tentang siapa yang aku bicarakan...aku bukan 'joyah siber'   ..siapa yang makan KFC Hot and Spicy dia yang terasa enaknya ~~ 

aku memaafkan kau..kerana aku tidak mahu disabitkan apa2 lagi berkaitan dengan kebodohan kau..
Aku Tunjukkan Siapa Aku..Aku Tidak Berselindung...Bila Aku Tidak Mahu Buat.. Bila Aku Tidak Janji..Bila Aku Kata Aku Akan Cuba..Bila Aku kata Aku..Bila Aku Kata Itu..Itulah Yang Aku Maksudkan.. 

~Sekian, Wassalam~



 

 



Tuesday, April 17, 2012

MENUNGGU MASA INDAH ITU *SENYUM

 Assalamualaikum

Hari ini..malas mahu decorate cantik2...hanya mahu cerita..tapi masih kosong! masih tidak tahu mahu cerita apa...
kosong...sama seperti alunan suara Najwa Latif ..agaknya la...masih kosong...rasa hati mahu kuat tapi tidak tahu apa bajanya??? mahu disiram air sahaja?? kembang akar2 yang ada..
kuat aku dah tak seperti dulu..bukan sebab sudah lanjut usia..tapi mungkin semangat aku yang dimamah derita..
aku rindu dia..dia?? siapakah dia?? 
dia ibuku..ayahku..abangku, kakak2 ku..adikku serta...rakan2 aku yang semakin menjauh dari hidup aku...
mungkin mereka juga rindu aku...
hari2 hanya panggilan suara..kadang2 hanya bertanya soalan yang sama..tidak jemu..aku hanya mahu melepaskan rindu..biar serupa setiap hari, apa yang pasti ibuku mendengar segala ceritaku setiap hari..sudah cukup aku mengerti apa yang ibuku..ayahku rasakan..melalui hari2 mereka tanpa anak-anak di sisi.

 BOSAN!! itu sudah pasti!
mereka pasti bosan bila tiada siapa yang ingin 'dimarahi', ditegur..kawan berborak..tidak tahu siapa yang mahu dipanggil untuk membantu..dulu ada 'kami'

InsyaAllah..
anak2mu akan pulang nanti..akan sentiasa menanti untuk 'dimarahi' 
akan sentiasa menanti untuk terima arahan..
akan sentiasa bersedia untuk KAMU..

doakan kejayaan anak-anakmu

aku di sini hanya mampu meghitung hari..menghitung detik....mahu pulang!!!!
aku rindukan 'gebet' .. CHOKO..kau pasti seronok kan..dah ada mami..takpe..aku masih ada 'doti' & 'bubu'
semoga aku tetap kuat meneruskan perjuangan yang bersisa  2 bulan ini...
cukup sampai sini..sakit kepala aku bila mengingat dan menahan rindu disini..sumpah..jauh itu ekstrem..




*sikit lagi boleh buat novel..huhuhuhu..sob..sob..sob.sedih!

Sekian, Wassalam .

Monday, March 12, 2012

Aku Bukan Manusia Berkira

Assalamualaikum

hey! hehehehe~~
tajuk yang tertera bukan niat nak puji diri okeh!
cuma nak berkongsi tentang satu rasa...



BERKIRA!!!
memang bukan aku la tu...nak kata permurah pun tak jugaaaaak.. ngeee~~
bergantung la kepada siapa dan kenapa..

contoh orang berkira yang paling aku TAK SUKA
  • Apabila makan tak basuh mangkuk, gelas,cawan,piring,sudu..segala bagai yang telah digunakan masa makan,.tergolek-golek je dalam singki...sebab..bkn korang punya yang guna...korang basuh gelas sebijik yg korang guna jerk..uuuu...tak suka sifat tu....
apa lah salah kalau basuh semua yang ada dalam tu..dah sah2 nak tumbuh cendawan...aish!
  • Apabila bangun tidur tak lipat selimut...biar lah selimut itu selonggok di atas katil..sedangkan tidur sekatil pada waktu itu...sebab...bukan korang yang guna selimut tu..korang bangun dah la tak lipat selimut..tgk selimut member apa la lagi..mmg tak la nak tolong lipat~~ 
apa lah salah tolong lipat...kemas sikit tempat tidur..nih kalau lipat yang sendirik jer...mcm tak kemas juga kan...tolong la kawan tu..nanti kawan tolong kita pulak..tak gitu??

  • membawa barang....contoh2nya..beli barang..member dah tak boleh nak pegang dah nih...tolong ar bawakkan sikit....sebab...korang bukan guna pun barang-barang yang dia beli...isk3!! jangan jadi kawan yang sadis...
yang kat atas2 nih semua hal kecil jer...berkira perkara yang biasa...yang aku  nak fokus sekarang..ce baca yang bawah ni...



  • Bila mak ayah telefon...sekejap sangat korang berbual...motif??? sedih la sangat....kalau bergayut dengan bukan muhrim...mak ai....kul 3 4 pagi...selagi tak hangit taik telinga mmg payah la korang nak berhenti...dengan mak ayah seminggu sekali pun payah nak telefon tanya khabar..kalau dengan buah hati?? lambat reply sikit reply sms je dah nk bunuh diri..aku bukan nak dengki..nak tunjuk baik..aku nak tunjuk realiti yang berlaku sekarang ni....realiti yang aku nampak dan rasa setiap hari..sungguh..aku malu dengan diri sendiri..kadang-kadang rasa sakit hati!


 Aku bukan nak kata korang itu adalah para pembaca sekalian...ini hanyalah penyedap ayat..harap maaf jika terasa... Bukan tak boleh nak hidup berkira..tapi..tengok lah situasi..Lihat dulu..dengan siapa kita nak berkira?? kenapa perlu kita berkira?? layakkah kita hidup berkira??? 

~sekian Wassalam~


Monday, February 27, 2012

BolEh Tak AkU CaKaP yAng Aku TAk pUas Hati!!!

~Assalamualaikum W.B.T~
SERIUS! 
hari ni aku betul2 rasa tak puas hati..rasa tak adil....
kenapa buat aku macam nih..aku depan mata korang kan...
buat la mcm aku tak wujud..dah ada kerja baru terhegeh-hegeh nak ngadap muka aku..dah dalam kesulitan yang kesempitan..bila dah gelap sangat jalan korang baru perasan yang aku ada torchlight ye!

aku bukan budak2 umur 12 tahun...bukan bodoh nak layan karenah korang yang memperbodohkan aku...
korang moody aku diam...kalau aku moody??? ada korang kisah?? sumpah tak...

ada masa aku boleh korang bodoh2kan...sebab aku nih memang suka tolong orang..aku tolong pun..aku diam je...korang???? kalau tak puas hatii cakap depan2...TAPI agak2 la wei...nak cakap pun profesional la sikit...korang tergur aku macam aku ni budak kecil...buat macam aku nih tak da perasaan~~
memang aku spesies yang blurr..tapi...dalam hati..aku dah kenal maksud cetusan rasa korang~~ 


aku pandai sembunyi emosi..tapi aku tak boleh tutup rasa kecik hati!

entah la...rasa tak adil...untung la kau ada yang caring~~
untunglah kau..memang untung..sekali disergah dugaan ilahi..kau gigil kaki..kau nangis separuh mati...kau tetap tak reti!! 
apa yang kau buat??? kau minta tolong siapa???? 
bukan aku..tapi DIA yang berhak atas segalanya~~

aku tulis sini sebab nak jaga hati,..hati siapa?? hati dia...aku suka jaga hati orang lain..orang lain tak pernah kisah pun tentang hati aku..tak apa..hati aku milik Allah....
~~ Allah peliharalah hatiku ~~
aku tahu..aku pun bukan BAGUS!

~sekian Wassalam~
(",)



Tuesday, February 21, 2012

Bila Kami Jadi Kaunselor Pelatih

~Assalamualaikum~
Apa khabar semua..semoga sihat2 hendaknya..

wui! 
nk cerita nih.. sekarang ada dkt KMPh..dok praktikal..mai2 kpd sapa2 yg perlukan khidmat kami..terutama kpd para pelajar KMPh~~

eh..lupa nk habaq..

kami disini selaku kaunselor pelatih..
boleh dikatakan mendapat latihan yang baik semasa berada di UMT
kami mengedalikan sesi individu, kelompok dan bimbingan.
tidak kira permasalah apa jua..termasuk peribadi dan kerjaya..
keliru? konfius? gelisah? gembira? seronok? 
tak tahu nk cerita kat sapa..meh2 cerita kat kami..

huk3! 
alkisahnya......tgh sibuk mencari klien untuk memenuhi jam kredit..walaupun 6 bulan tu lama..tpi..dalam perancangan 22 mggu..sgt lah sedikit jam kredit kami...wawawawa..mudah2han  kami mendapat ruang dan peluang yang baik dan kami mampu melakukan yang terbaik utk memenuhi jam kedit dan jg harapan ayah bonda dan keluarga tercinta...
cewahhh..ayat mohon nk tacing..

sudah 3 minggu kat negeri org..homesickness tu sumpah! mmg payah nk hilang...

~sekian Wassalam~