this is my story

i follow u

mAsA iTu WaSiAT

Daisypath blog Ku

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, May 3, 2012

Pesan Ayah Bonda

Mereka ada hak untuk bersuara apa yang mereka suka..apa yang tidak..suara mereka tiada sedikit pun punya maksud untuk menjatuhkan orang lain. mereka faham dan sedar siapa mereka. mereka cuba melakukan yang terbaik untuk generasi mereka...

"biar tiada duit, penampilan kena jaga..bukan pakai baju mahal..cukup sekadar kemas dan menutup aurat"

...ayah aku cukup tak suka melihat anak lelakinya memakai pakaian comot2 dan keluar ke kedai...baju lain banyak..jangan malas sangat nak tukar baju...kita ada sabun ada air..jangan malas sangat nak basuh baju..ayah pun basuh baju sendiri bukan tak bagi mak basuh..tapi ayah boleh buat lagi, apa salahnya ayah tolong mak. hamap (korang), baju sehelai pun tak larat nak basuh?? ...bukan anak lelaki je tau..anak2 perempuan  beliau pun di tegur kalau tak kena gaya..

itu pendapat mereka..aku setuju..gaya itu ada..tapi berpada-pada. jangan melampau. hidup kita SEDERHANA..

banyak lagi pesan ayah bonda..terutama pasal solat...

"kalau kita lapar kita makan...bila iman kita lapar kita solat..jangan biar kurus.."

"jaga diri elok2, kita tu dok jauh kat negeri orang..."

"nak p mana2 tu jaga diri sama...makan tu tgk2 sama takut ada yang tak boleh nak makan"

"malam2 jangan lupa mengaji kalau ada masa..cari la masa untuk berehat sama..jangan nak suka2 saja.."

InsyaAllah...kakak tak lupa...
pesanan ini bukan untuk diri sahaja...ianya tercatat disini untuk dikongsi bersama...
manusia sering lalai dan terlupa..sekadar tolong mengingatkan..

 *senyum*

sekian.. Wassalam



 p/s:
hargai sesuatu semasa masih ada bukan ketika dah tiada ~ ~




No comments: