this is my story

i follow u

mAsA iTu WaSiAT

Daisypath blog Ku

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 9, 2012

~ Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ~

 Ayat penuh adalah seperti berikut:

الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون

maksudnya:  
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Perkataan dan ayat di atas sangat lah sinonim dengan diri kita apabila ditimpa musibah dan apabila mendengar berita tentang sesuatu musibah ataupun kematian.

Pada hari ini..
Penulis ingin berkongsi pandangan berkenaan dengan sikap dan pemikiran masyarakat umumnya yang berada di tanah air ini Malaysia.


Fahami petikan ini:
"sekiranya ada orang yang membawa mangsa ke hospital, pasti nyawa beliau dapat diselamatkan.."
::dapatkah nyawa mangsa diselamatkan tatkala SAKARATUL MAUT::

Redha lah dengan pemergian insan..walaupun sebaik mana insan tersebut..Allah Maha mengetahui akan segala-galanya.. redha lah..jangan diratapi pada yang telah pergi..apa yang diharap bukan tangisan...kirimkanlah doa..berdoalah bersungguh-sungguh..semoga Allah memakbulkan doa anda. Terima hakikat, masa insan tersebut sudah tiba..bila pula masa kita, bersediakah kita..bersediakah?? cukup kah bekal kita untuk kesana..cukupkah amalan kita didunia..setiap insan mahukan yang terbaik di Akhirat sana...mampukah kita..InsyaAllah..bertaubatlah..masih ada peluang...

Fahami ayat di bawah:
 
[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia". Kun Faya Kun!!

Apakah yang terlintas dalam fikiran anda detik ini?
Sudah tercatat setiap manusia itu akan tiba ajalnya pada waktu yang telah ditetapkan oleh Allah...tiada siapa yang mampu merawat ajal kecuali dengan keizinan Allah...

Ini hanya sekadar pandangan penulis berdasarkan beberapa peristiwa dalam masyarakat kita.
Perkongsian ini adalah untuk sama-sama menjadi renungan kita bersama
Andai ada tersalah silap penulis dalam entry ni, mohon diperbetulkan..saya juga insan biasa 

Wallahu'alam.

'yang pergi..biarlah pergi...iringkan doa sepanjang hari..iringkan doa seikhlas hati'


 
 



 

No comments: